Tuesday, August 10, 2010

Keluaran dalam negara kasar (KDNK)

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi nasional. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barang dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar). Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barang dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang.

KDNK boleh dinilai di dalam tiga cara, pada prinsipnya, semuanya mesti mendapat keputusan yang sama. Mereka adalah pendekatan produk (atau keluaran), pendekatan pendapatan dan pendekatan perbelanjaan.

Di antara ketiga-tiga cara, pendekatan produk adalah pendekatan paling terus, yang mana ia menjumlahkan keluaran bagi setiap kelas bagi keusahawanan untuk sampai secara keseluruhan. Pendekatan pengeluaran ini kena pada prinsipnya bahawa semua produk mestil dibeli oleh ssseorang, oleh itu nilai jumlah produk mesti serupa dengan jumlah perbelanjaan di dalam membeli barangan.
Pendekatan pendapatan pula boleh didapati pada prinsip bahawa pendapatan faktor-faktor produktif ("pengeluar," bahasa seharian) mesti sama dengan nilai produk mereka, dan menilai KDNK adalh dengan mencari jumlah pendapatan pengeluar.[1]
KDNK boleh dikira menggunakan kaedah perbelanjaan (expenditure approach):
KDNK = penggunaan (consumption atau "C") + pelaburan kasar (gross investment atau "I") + perbelanjaan awam (government spending atau "G") + (eksport atau "X" − import atau "M"), atau, KDNK = C + I + G + (X-M)
Di mana penggunaan adalah perbelanjaan isi rumah tangga; pelaburan kasar oleh sektor industri; perbelanjaan awam oleh kerajaan; dan eksport dan import melibatkan sektor luar negeri.
KDNK juga boleh dikira menggunakan kaedah pendapatan (income approach):
KDNK = sewa + upah + bunga + keuntungan
Di mana sewa adalah pendapatan pemilik untuk faktor pengeluaran tetap seperti tanah; upah untuk tenaga kerja; bunga untuk pemilik modal; dan keuntungan untuk pengusaha.

No comments:

Post a Comment