Wednesday, August 11, 2010

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)

Pada 20 Januari 2010 YAB Perdana Menteri telah melancarkan pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan berprinsipkan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Program Transformasi Kerajaan (GTP) dirangka untuk mengatasi segala halangan bagi mencapai Wawasan 2020. Program Transformasi Kerajaan ini memperincikan objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan dalam bidang yang dikenal pasti sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama
Kementerian (MKRA). Seiring dengan itu, Kerajaan juga dalam proses untuk membentuk Model Ekonomi Baru dan juga penyediaan Rancangan Malaysia Ke-10. GTP merupakan enjin transformasi yang bermula dengan proses pencarian idea terbaik dan melangkah dengan pantas untuk melaksanakanya. Ia juga merupakan satu pelan hala tuju yang fleksibel untuk mencapai sasaran melalui initiatif-initiatif yang telah dikenalpasti. NKRA merupakan gabungan
keutamaan jangka masa pendek untuk menangani keperluan rakyat. 
Kewujudan NKRA bukan bererti bidang lain tidak akan mendapat perhatian. Bidang-bidang lain akan diliputi di peringkat Menteri (MKRA) melalui fungsi dan tanggungjawab Kementerian masing-masing.

Enam NKRA telah diputuskan oleh Kabinet iaitu: mengurangkan jenayah (Kementerian Dalam Negeri), membanteras rasuah (Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri), mempertingkat pencapaian pendidikan (Kementerian Pelajaran malaysia), mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah(Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat), mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar(Kementerian Luar Bandar dan Wilayah) dan memperbaiki pengangkutan awam bandar (Kementerian Pengangkutan). Demi mencapai NKRA, kerajaan akan memberi keutamaan dari segi perhatian pemimpin, pengagihan kewangan dan mendapatkan khidmat pegawai yang berbakat. Di samping itu,
segala input dan maklumbalas dari peringkat akar umbi, sektor swasta dan lain-lain akan diperolehi dan diberikan perhatian dan tindakan yang sewajarnya.

Tuesday, August 10, 2010

Keluaran dalam negara kasar (KDNK)

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi nasional. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barang dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar). Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barang dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang.

KDNK boleh dinilai di dalam tiga cara, pada prinsipnya, semuanya mesti mendapat keputusan yang sama. Mereka adalah pendekatan produk (atau keluaran), pendekatan pendapatan dan pendekatan perbelanjaan.

Di antara ketiga-tiga cara, pendekatan produk adalah pendekatan paling terus, yang mana ia menjumlahkan keluaran bagi setiap kelas bagi keusahawanan untuk sampai secara keseluruhan. Pendekatan pengeluaran ini kena pada prinsipnya bahawa semua produk mestil dibeli oleh ssseorang, oleh itu nilai jumlah produk mesti serupa dengan jumlah perbelanjaan di dalam membeli barangan.
Pendekatan pendapatan pula boleh didapati pada prinsip bahawa pendapatan faktor-faktor produktif ("pengeluar," bahasa seharian) mesti sama dengan nilai produk mereka, dan menilai KDNK adalh dengan mencari jumlah pendapatan pengeluar.[1]
KDNK boleh dikira menggunakan kaedah perbelanjaan (expenditure approach):
KDNK = penggunaan (consumption atau "C") + pelaburan kasar (gross investment atau "I") + perbelanjaan awam (government spending atau "G") + (eksport atau "X" − import atau "M"), atau, KDNK = C + I + G + (X-M)
Di mana penggunaan adalah perbelanjaan isi rumah tangga; pelaburan kasar oleh sektor industri; perbelanjaan awam oleh kerajaan; dan eksport dan import melibatkan sektor luar negeri.
KDNK juga boleh dikira menggunakan kaedah pendapatan (income approach):
KDNK = sewa + upah + bunga + keuntungan
Di mana sewa adalah pendapatan pemilik untuk faktor pengeluaran tetap seperti tanah; upah untuk tenaga kerja; bunga untuk pemilik modal; dan keuntungan untuk pengusaha.

RMKe-10 (2011-2015) Read and understand it!

Luckily the info can be found on the net. What most important it's in dual languages. So I can understand the terms both in Malay and in English. It's can't be fully understand by reading only coz it's covered a lot of things. So I have to analyze chapter by chapter.

Unfortunately I don't have a printer at home. I'm afraid I will not provided with internet connection at my job place. Printed version will make it easier for me to take it everywhere I go in case I have no time to read it at the office.

Reading it also will sharpen and improve my language in Malay and in English coz I was more to technical English during my degree study last time.

PROGRAM LATIHAN PEMERKASAAN KEUPAYAAN SISWAZAH

On 09 Aug someone from Chief Minister's Department called me regarding of my CBG assignment of placement. I was informed to be placed at Betong Resident's Office. Until the next day I was called again that there have some changed about my placement that actually I was placed at Sri Aman Resident's Office.

Should be on Friday I will receive my offer letter via email and the next Monday I will reporting myself to someone that I have suppose to.

Well, I created this blog to be my daily book log so that I can track and capture every single little thing that I have done daily at the office.

Now I'm reading CBG T&C at CBG website for better understanding about the program.